Karangan SPM : Kebaikan-kebaikan Melancong




Ramai orang akan pergi melancong bersama-sama dengan keluarga mereka terutamanya pada musim perayaan dan pada masa cuti sekolah.  Mengapakah ramai orang suka pergi melancong ke luar negara mahupun dalam negeri, berjalan-jalan dengan kereta?
Apakah kebaikan-kebaikan pelancongan kepada rakyat sesuatu negara dan negara itu sendiri?  Pertamanya,  pelancongan boleh menarik pelancong ke sesuatu negara.  Dengan itu,  rakyat tempatan boleh mendapat pekerjaan secara langsung dan tak langsung.  Ini kerana hotel hotel yang dikunjungi mereka memerlukan pekerja-pekerja yang biasasnya adalah penduduk tempatan.  Restoran dan kedai makanan akan dikunjungi oleh pelancong-pelancong untuk menjamu selera. Restoran dan kedai makan juga memerlukan pekerja untuk menguruskan pernigaan tersebut. Seterusnya secara tak langsung akan menarik orang luar asing mencurahkan modal dalam perniagaan hotel dan restoran kerana mereka boleh mendapat keuntungan yang besar melaluinya dan negara kita mempunyai pasaran yang luas di masa depan memandagkan negara kita sedang membangun . Barang kraftangan juga mendapat perhatian ramai pelancong. 
Keduanya,  melalui industri pelancongan, kebudayaan sesuatu negara boleh diperkenalkan ke seluruh dunia.  Pelancong yang mengunjungi negara kita apabila sudah mengambil gambar seperti Wau, batik akan memerkenalkannya ke dalam facebook dan menceritakannya ke kawan dan saudara mara mereka.  Selain itu, makanan tempatan seperti laksa, kolo mee dan cha keuh tiaw, mee jawa juga akan menjadi terkenal di seluruh dunia.  Raykat Amerika akan mengetahui laksa Malaysia sebagaimana kita mengetahui piza dan burger mereka. Pelancong yang datang ke negara kita juga berpeluang mengetahui dengan lebih dekat dengan amalan tempatan.   Maka itu lah, Malaysia terkenal dengan amalan sopan santun dan berbudi bahasa dan tolak ansur oleh orang asing. Selain itu,  masyarakat kita terdiri dari tiga kaum besar tetapi  setiap kaum masih mengekalkan identiti dan tradisi mereka yang tersendiri.  Perayaan tahun baru cina masih menjadi suatu perayaan yang besar di sini dan kerajaan akan memberinya sebagai cuti umum.
Ketiganya,  jalan raya dan berbagai-bagai kemudahan seperti bekalan air dan elektrik akan dibina oleh kerajaan sempena meningkatkan bidang perlancongan negara.  Ini kerana pelancong akan mengunjungi negara kita apabila megetahui negara kita mempunyai jalan raya yang bertar dan bukan masih jalan tanah.  Kerajaan juga akan berusaha mendirikan lapangan terbang membantu industri pelancongan.  Melalui kemudahan-kemudahan ini, penduduk tempatan boleh turut serta hidup bersama-sama hasil pembangunan ini, terutamanya penduduk luar bandar boleh menaiki kereta untuk memberi barang keperluan mereka dan tidak akan perlu duduk sampan seperti dahulu apabila mereka pergi ke bandar atau pergi bekerja.  Kanak-kanak yang masih bersekolah pula ketika suatu masa masih berbasikal ke sekolah dan berjalan kaki, tetapi sekarang kehidupan mereka sudah berubah, ibubapa mereka sudah boleh membawa anak-anak mereka ke sekolah dengan kereta.  Perubahan hidup yang secara mendadak membuat ramai anak mudi kita berpeluang menuntut pelajaran ke kolej dan universiti di bandar.  Selain itu pergaulan mereka juga menjadi lebih luas.  Mereka juga boleh memperolehi barang-barang elektronik seperti televisyen, handphone, computer dengan lebih mudah.  Pegetahuan mereka juga bertambah daripada itu berbanding zaman muda mudi dahulu yang tidak ada TV, computer dan barang berkmonuikasi yang sofistikated.  Muda-mudi sekarang juga lebih bertuah kerana mereka boleh meluang masa lapang mereka dengan komputer dan tidak seperti dulu muda-mudi banyak meluangkan masa mereka lepak di kompleks membeli belah ataupun telibat dalam kes menangih dadah.
Keempatnya,  kita juga boleh memperkenalkan kepada seluruh dunia tentang pelbagi spesis tumbuhan di negara kita.  Suatu spesis tumbuhan yang paling jarang terdapat di dunia  ialah bunga Rafesia yang hanya akan berbunga pada bulan Jun setiap tahun tetapi masih tidak diketahui ramai orang di Gunung Gading.  Spesis tumbuhan ini istimewa dalam ia adalah bunga yang terbesar di dunia.  Bunga Rafesia hanya terdapat di iklim tropika. Selain itu, negara kita juga terkenal dengan banyak sayur-sayuran seperti cangkuk manis, kangkung dan kailan yang sedap dan murah berbanding luar negara.  Negara kita juga banyak ada banyak buah-buahan tropika seperti tembikai, betik,rambutan dan durian.  Musang king merupakan durian yang sangat laku dan laris di pasaran luar negara seperti China dan Thailand.  Penjual durian oleh kerana itu mendapat sumber pendapatan dan wang yang besar daripada itu.  Negara kita juga dengan itu terkenal dengan itu.
  Kelimanya, pelancongan boleh memperkenalkan kepada orang luar tentang pemandangan dan kawasan sesuatu negara.  Negara kita terkenal dengan Gua -gua. Gua mulu di miri adalah gua yang terbesar di dunia dijangka dapat memuat 9 buah helipkotor.  Gua niah pula terkenal dengan tinggalan pada zaman pruba seperti tembikai, pinggan mangkuk pada kurun masehi ke-18.  Kita juga boleh memperkenalkan kepada luar negara tentang pemandangan kita yang indah kerana masih terdapat hutan rimba dan Gunung Kinabalu yang banyak diterokai oleh orang asing.  Selain itu, Taman negara Bako telah menjadi tarikan para saintis kerana terdapat banyak spesis tumbuhan dan bintang di situ. 
Keenamnya,  tinggalan pada zaman purba seperti Kampung Portugis, Rumah merah menjadi tarikan pelancong terutamanya orang Portugis kerana masih ada datuk nenek mereka yang tinggal di Melaka setelah askar Portugis pulang ke tanah air mereka sendiri.  Kebanyakan pelancong ini datang melawat datuk nenek mereka di sini, kerana mereka masih ada rumah pusaka tinggalan daripada nenek moyang mereka. 
Ketujuhnya, selain memperkenalkan kepada luar negara tentang 3 kaum terbesar iaitu, melayu, cina dan india.  Kita juga memperkenalkan dunia tentang adat istiadat perkahwinan tradisi 3 kaum terbesar ini.  Di sini,  kaum cina masih mengamalkan “pang teh” pada hari perkahwinan pengantin perempuan dan lelaki.  Iaitu, pada hari pertama perkahwinan, pengantin perempuan akan diiring oleh kaum wanita yang biasanya mempunyai kedudukan yang tinggi di masyarakat itu, yang juga dipanggil mengambil payung kepada pengantin perempuan, agar pengantin hidup gembira dengan suaminya sepanjang hayatnya.  Pada hari pertama itu mereka akan memakai pakaian berwarna merah sahaja sebagai tanda yang baik dan sihat sejahtera.  Pada hari itu juga pengantin akan mendapat wang dalam bentuk angpau dan juga lantai emas, gelung emas, anting-anting emas, semua barang emas daripada lelaki dan perempuan yang lebih tua di kampung mereka. 
Pelancongan merupakan suatu industri yang popular pada zaman modern.  Banyak negara yang bergantung kepadanya sabagai sumber pendapatan mereka.  Wang yang kerajaan perolehi daripada pelancongan telah membolehkan kerajaan membangunkan ekonomi  masyarakat tempatan untuk kesejahteraan penduduk tempatan supaya taraf hidup mereka dapat ditingkatkan. Ekonomi yang baik akan mendatangkan kestabilan politik kepada sesuatu negara juga. Ada juga kerajaan yang hanya dapat bergantung kepada bidang industri ini kerana negara tidak dapat bergantung kepada penanaman tananman lain atau tidak kaya dengan sumber minyak.