Contoh Karangan Sekolah Menengah : Kepentingan Bahasa Inggeris dalam Era Globalisasi

Model karangan 11

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan bahasa Inggeris dalam era globalisasi.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kepentingan bahasa Inggeris dalam era globalisasi.

Isi :

Bahasa utama dalam komunikasi antarabangsa    
Bahasa utama dalam bidang perniagaan   
Bahasa utama dalam telekomunikasi   
Bahasa ilmu pengetahuan yang utama


Kepentingan Bahasa Inggeris dalam Era Globalisasi


Sejak dahulu lagi, bahasa Inggeris bahasa yang penting.  Banyak negara, yang bahasa Inggeris bukan bahasa ibundanya, menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua yang harus dipelajari.  Dalam era globalisasi sekarang, bahasa Inggeris bahasa yang harus dipelajari disebabkan oleh kepentingannya.

Antara kepentingan itu ialah bahasa Inggeris bahasa utma komunikasi antarabangsa.  Bahasa Inggeris bahasa yan gpaling kerap dituturkan di serata dunia sehingga dirujukkan sebagai “ bahasa dunia”.   Jika kita melancong ke luar negara, kebolehan kita berbahasa Inggeris akan menjadikan kita berasa lebih selesa.

Selain itu, bahasa Inggeris bahasa utama dalam bidang perniagaan.  Penguasaan bahasa Inggeris menjamin kelancaran urusan perniagaan yang melibatkan bangsa negara lain.  Jika penguasaan bahasa Inggeris kita lemah, peluang kita untuk mengadakan urusan perniagaan dengan individu dan syarikat asing terbatas.

Di samping itu, bahasa Inggeris  bahasa ilmu pengetahuan yang utama.  Kebanyakan sumber ilmu, biar yang lama mahupun yang baharu , ditulis dalam bahasa Inggeris.  Oleh itu, kebanyakan bahan rujukan seperti jurnal, ensiklopedia, laporan penyelidikan, dan khazanah ilmu terungkap dalam bahasa inggeris.  Kita pasti tidak dapat menimba ilmu daripada sumber tersebut jika penguasaan bahasa Inggeris kita lemah.

Seterusnya,  bahasa Inggeris bahasa utama dalam telekomunikasi.  Kini , kita dapat menonton siaran televisyen dari seluruh dunia, sama ada melalui televisyen satelit atau melalui Internet.  Siaran televisyen itu kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.  Begitu juga halnya dengan Internet dengan lebih daripada 80% bahan dalam Internet menggunakan bahasa Inggeris.

Kesimpulannya, bahasa Inggeris amat penting dalam era globalisasi kini.  Oleh itu , kerajaan harus memastikan generasi muda dapat mempelajari dan menguasai bahasa Inggeris untuk menghadapi cabaran masa hadapan.

( 247 patah perkataan)

1 ulasan: