Cara-cara untuk menyelamatkan Hidupan Liar

Model karangan 


Huraikan pendapat anda tentang cara-cara untuk menyelamatkan hidupan liar.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Cara-cara untuk menyelamatkan Hidupan Liar


Penyelidikan saintifik dalam pembiakan hidupan liar
Pendidikan tentang kepentingan hidupan liar
Memperbanyak hutan simpan
Mengekalkan hutan


            Pembangunan menuntut penerokan hutan untuk pembinaan bandar dna kawasan perindustrian. Penerokaan hutan itu telah menjejaskan hidupan liar sehingga ada yang diancam kepupusan.  Oelh itu, langkah-langkah berkesan harus diambil untuk menyelamatkan hidupan liar.

            Satu langkah ialah mengekalkan hutan.  Hutan habitat semula jadi hidupan liar.  Penerokaan hutan memusnahkan habitat  itu.  Penerokaan hutan harus dikawal ketat.  Pembalakan haram perlu dibanteras.  Dengan cara ini, kadar kemusnahan hutan dapat dikurangkan untuk memelihara habitat hidupan liar.

            Di samping itu, penyelidikan saintifik dalam pembiakan hidupan liar juga penting.  Spesis hidupan liar yang hampir pupus perlu dikenal pasti.  Kemudian , spesis itu mestilah diisytiharkan sebagai spesis terlindung.  Pembiakan hidupan liar yang hampir pupus harus digiatkan.  Sebagai contohnya, penetasan telur penyu secara besar-besaran di Terenganu dapat mengatasi masalah kepupusan penyu.

            Seterusnya, penyelidikan tentang kepentingan hidupan liar juga penting.  Melalui pendidikan , orang ramai akan menyedari bahawa hidupan liar menjamin keseimbangan sistem ekologi dunia.  Dengan itu, orang ramai akan membantu dalam pelbagai cara, misalnya dengan tidak menjadikan hidupan liar sebagai bahan makanan.

           Kesimpulannya, usaha untuk menyelamatkan hidupan liar memerlukan sokongan segenap lapisan masyarakat .  Dengan itu kita dapat melindungi hidupan liar untuk diwariskan kepada generasi akan datang.

                                                                        (  227 patah perkataan)           




3 ulasan: