Faedah-faedah Menyertai Pergerakan Pengakap

Model Karangan 


Lihat pernyataan di bawah ini dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang faedah-faedah menyertai pergerakan pengakap.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



Faedah-faedah Menyertai Pergerakan Pengakap


1  Membentuk disiplin diri

2  mengasuh kemahiran sosial

3  mempelajari sikap tanggungjawab dan kerjasama

4  membina sifat kemanusiaan



Pergerakan pengakap merupakan salah satu badan beruniform dalam aktiviti kokurikulum di sekolah.  Pergerakanb ini khusus untuk pelajar lelaki.  Penyertaan dalam pergerakan pengakap menjanjikan faedah yang pelbagai.

Satu daripada faedahnya ialah pelajar dapat membentuk disiplin diri.  Hal ini demikian kerana disiplin menjadi teras terpenting dalam pergerakan pengakap.  Sebagai contohnya,  anggota pengakap mesti menepati masa untuk menghadiri sebarang aktiviti yang diadakan.  Secara tidak langsang, pelajar akan menjadi lebih berdisiplin dan mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.

Selain itu,  pengakap dapat mempelajari sikap tanggungjawab dan kerjasama.  Sebagai contohnya, semasa mengadakan perkhemahan,  setiap pengakap bertanggungjawab untuk melakukan tugas tertentu seperti memasak , mendirikan khemah, dan mencari kayu api.  Mereka juga bekerjasama dengan pengakap-pengakap yang lain untuk melakukannya .  Dengan cara ini,  nilai-nilai murni dapat disemaikan dalam diri mereka.

Di samping itu,  pergerakan pengakap juga dapat membina sifat kemanusiaan dalam diri pelajar.  Hal ini demikian kerana pergerakan pengakap sering terlibat  dalam kegiatan sukarela dan kebajikan.  Sebagai contohnya, anggota pengakap akan melawat ke rumah orang tua untuk menemani orang tua dan membersihkan persekitaran rumah orang tua.  Sifat kemanusiaan ini akan menjadikan pelajar lebih bersikap prihatin terhadap orang lain.

Seterusnya,  pergerakan pengakap dapat mengasuh pelajar tentang kemahiran sosial.  Sebagai contohnya,  pelajar yang dilantik sebagai ketua pasukan akan diasuh untuk menjadi pemimpin yang baik.  Semasa melakukan aktiviti berpasukan,  pengakap-pengakap mempelajari kemahiran merancang dan melaksanakna sesautu tugas.  Semua kemahiran ini dapat membantu pelajar berinterasksi dengan orang lain.

Sesungguhnya,  pergerakan pengakap membolehkan pelajar memperoleh pengalaman dan pengetahuan yang berguna.  Oleh itu ,  pihak sekolah harus menggalakkan pelajar supaya bergiat aktif dalam pergerakan pengakap.


( 249  patah perkataan)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan