Manfaat Sukan Lasak

Model karangan

Lihat pernyataan di bawah ini dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang manfaat sukan lasak.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
 

Manfaat Sukan Lasak   

1  membina kekuatan fizikal  
2  menguji kesabaran diri  
3  memupuk semangat berpasukan  
4  membina keyakinan diri


Sukan lasak seperti mendaki gunung,  ekspedisi berbasikal, dan berkayak merupakan sukan yang popular.  Sukan ini semakin digemari  oleh golongan muda di negara kita.   Pelbagai manfaat dapat diperoleh dengan membabitkan diri dalam sukan lasak.

Antara manfaatnya ialah sukan lasak dapat membina kekuatan fizikal seseorang.  Untuk bergiat aktif dalam sukan tersebut,  seseorang perlu berlatih dengan gigih bagi memperoleh kecegasan yang diperlukan.  Tanpa tahap kecergasan  yang sesuai,  seserorang itu tidak mempunyai daya ketahanan yang dituntut.

Selain itu, seseorang penggiat sukan lasak dapat menguji dan berlatih kesabaran diri.  Sebagai contohnya, seseorang pendaki gunung yang berdepan dengan halangan dalam pendakiannya mestilah bersifar sabar supaya dapat memikirkan cara untuk mengatasi halangan tersebut .  Sifat kesabaran sangat penting dalam meniti kehidupan harian kerana banyak masalah dapat diselesaikan berkat kesabaran diri.

Di samping itu,  sukan lasak juga dapat memupuk semangat berpasukan.  Sebagai contohnya,  ekspedisi mendaki gunung dan berbasikal memerlukan perancangan teliti serta persepakatan utuh untuk mencapai matlamatnya.  Tanpa nilai-nilai tersebut, pastinya sesuatu rancangan itu akan menemui kegagalan.

Seterusnya, sukan lasak juga dapat membina keyakinan diri pada diri penggiat.  Kejayaan yang diraih dengan menghabiskan sesuatu cabaran getir seperti berkayak,  berkapal layar, dna berenang maraton dapat menambah keyakinan diri seseorang peserta.  Hal ini akan mendorongnya untuk menghadapi sebarang cabaran dengan yakin.

Kesimpulannya,  generasi muda digalakkan supaya membabitkan diri dalam sukan lasak.  Melalui sukan ini, mereka dapat mempelajari cara-cara untuk bermandiri agar kelangsungan hidup dapat diteruskan dalam apa-apa keadaan sekalipun.


( 227 patah perkataan)

6 ulasan:

  1. bagus tetapi isi-isinya kurang sokongan💪💪

    BalasPadam
  2. Remaja sekarang memamg amat tahan lasak.Oleh sebaba itu.sukan lasak wajar diperkenalakan di sekolah kerana banyak berfaedahnnya.Antarannya, sukan lasak membina keyakinan diri pada diri penggiat.Hal ini akan mendorong unntuk mengahadapi sebarang cabaran dengan yakin di sekolah mahupun di dunia luar.Selain itu,sukan lasak juga dapat memupuk semangat berpasukan dengan melahirkann beberapa orang atlet yang berbakal mewakili negara ini pada peringat antarabangsa kelak.Seterusnnya,pelajar-pelajar dapat mengelak diri daripada terbabit dalam kegiatam negatif dengan menceburi sukan lasak.Kesimpulannya,generasi muda digalakkan supaya membabitkan diri dalam sukan lasak.

    87 patah perkataan

    BalasPadam