Model Karangan
Lihat pernyataan di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab kurangnya minat terhadap persembahan teater di Malaysia. Panjangnya hurian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Sebab-sebab kurangnya minat terhadap Persembahan Teater di Malaysia
1 tidak menarik2 mesej agak berat
3 harga ticket terlalu mahal
4 plot yang panjang
Masyarakat Malaysia kurang berminat untuk menonton persembahan teater. Hal ini jelas terbukti melalui begitu kurangnya penonton yang mengunjungi Istana Budaya setiap kali diadakan persembahan teater. Kurangnya minat terhadap persembahan teater berpunca daripada beberapa sebab.
Sebab pertama ialah persembahan teater tidak menarik. Hal ini disebabkan oleh kegagalan pelakon-pelakon untuk menghidupkan watak masing-masing. Keadaan diburukkan lagi jika dialog dan nyanyian pelakon-pelakon tidak kedengaran dengan jelas. Akibatnya, penonton tidak dapat meminati keindahan persembahan itu dan mingkin tidak akan menonton teater lagi.
Selain itu, mesej yang diketengahkan oleh sesuatu persembahan teater agak berat, biasanya menyentuh pelbagai pergolakan dan krisis dalam masyarakat. Hal ini sekali gus tidak mampu menghiburkan para penonton, terutama golongan muda yang menginginkan keseronokan dengan tema yang ringan – ringan dan persembahan yang bercorak hiburan. Secara tuntasnya, teater tanah air ktia tidak menepati cita rasa golongan muda.
Di samping itu, harga tiket yang dikenakan terlalu mahal. Bayangkanlah harga tiket yang mencecah harga antara RM 100 hingga RM 150 seorang. Hai ini pasti mematahkan minat para peminat yang mempunyai niat untuk menonton persembahan teater.
Seterusnya, sesuatu persembahan teater mempunyai plot yang panjang. Akibatnya, perjalanan cerita agak lambat dan membosankan. Hal ini tidak dapat memikat para penonton yang biasanya mahu cepat-cepat memuaskan selera mereka. Mereka ingin mendapat tahu perkembangan cerita serta kesudahannya dengan pantas.
Kesimpulannya, para penggiat teater tanah air harus membuat perubahan wajar untuk memikat penonton yang lebih ramai bagi merancakkan dunia teater. Jika tidak teater negara kita akan tetap suram dan lesu.
( 236 patah perkataan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan