Huraikan pendapat anda tentang syarat-syarat untuk menjadi penyunting di syarikat akhbar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hinga 250 patah perkataan.
Berita Harian Sdn Bhd mempelawa Permohonan untuk menjadi Penyunting di Syarikat Akhbar
Syarat – syarat:
- Mahir dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
- Sedia bekerja tanpa mengira waktu
- Boleh menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan
Salah satu jawatan penting dalam syarikat akhbar ialah penyunting. Penyunting ialah orang yang memperkemas dan menyiapkan bahan seperti makalah, artikel, dan berita untuk dicetak. Untuk memohonn jawatan penyunting di syarikat akhabar seseorang calon mesti memenuhi beberapa syarat.
Antara syaratnya ialah aspek kemahiran dalam bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Hal ini penting kerana seseorang penyunting bertanggungjawab untuk memastikan berita, makalah, artikel, dan berita yang akan disiarkan tidak mengandungi kesilapan dari segi ejaan, tatabahasa, dan struktur ayat. Dia mesti mahir dalam kedua-dua bahasa itu supaya dapat mengesan dan membaiki sebarang kesilapan.
Selain itu, seseorang penyunting juga sedia bekerja tanpa mengira waktu. Dia tidak boleh mengharapkan waktu kerja yang tetap seperti pekerja lain. Sebagainya contohnya, untuk menynunting laporan berita tentang sesuatu persidangan yang berlangsung hingga jauh malam, seseorang penyunting harus sanggup menyengkang mata bersama-sama staf lain untuk menyiapkan kerja masing-masing untuk diterbitkan.
Di samping itu, seseorang penyunting mesti dapat menyesuaikan diri dalam sebarang keadaan. Mereka mesti dapat melakukan tugas dengan cekap sama ada di dalam pejabat atau di luar pejabat. Begitu juga, dia harus dapat bekerja dengan pemberita dan penyunting lain secara berpasukan untuk menyiap sesuatu berita atau recana.
Ringkasnya, kerjaya sebagai penyunting memerlukan tahap keamatan dan ketelitian yang tinggi. Tanpa ciri-ciri tersebut seseorang tidak akan dapat menjadi penyunting yang baik.
(207 patah perkataan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan