Lihat petunjuk di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang peranan ibu bapa dalam memupuk minat membaca dalam anak-anak mereka. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak
petunjuk :
sediakan sudut bacaan
Peranan ibu bapa
sediakan buku log
kerap membaca sebagai teladan
Bawa anak-anak ke kedai buku
Tabiat membaca dalam kalangan kanak-kanak patut disemaikan sejak kecil lagi. Oleh itu, usaha memupuk minat membaca harus bermula di rumah. Dalam hal ini, peranan ibu bapa amat penting dalam mengalakkan anak-anak mereka membaca.
Sebagai permulaan, ibu bapa harus menyediakan sudut bacaan di rumah. Sudut bacaan ini perlulah dilengkapi pelbagai jenis bahan bacaan mengikut peringkat umur anak. Sebaik-baiknya, kerusi dan meja disediakan untuk menjadikan suasana membaca lebih selesa. Sudut bacaan ini boleh menjadi tempat anak-anak menghabiskan masa lapang mereka secara berfaedah.
Selain itu, ibu bapa juga perlulah kerpa membaca sebagai teladan kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana anak-anak mudah mencontohi perlakuan ibu bapa mereka. Apabila ibu bapa menjadikan membaca suatu rutin dalam keluarga, mudalah untuk anak-anak mengikuti amalam membaca. Lama-kelamaan, mereka sendiri akan mempunyai minat membaca.
Di samping itu, ibu bapa perlu menyediakan buku log untuk mencatatkan jumlah buku yang harus dibaca oleh anak-anak. Buku log ini menjadi rujukan kepada ibu bapa untuk mengetahui bilangan buku yang dibaca oleh anak-anak mereka. Ibu bapa boleh memberikan ganjaran tertentu jika anak-anak membaca bilangan buku tertentu. Ganjaran ini akan merangsang anak-anak supaya minat membaca.
Seterusnya, anak-anak perlu selalu dibawa ke kedai buku supaya mereka dapat membeli bahan bacaan yang diminati mereka. Dalam hal ini, ibu bapa harus sedia mengeluarkan sedikit wang bagi memenuhi permintaan anak-anak mereka. Sebenarnya, membeli buku tidak pernaah mendatang kerugian, malahan ilmu yang terkandung dalam buku amat besar manfaatnya.
Kesimpulannya, membaca ialah cara yang terbaik untuk meluaskan pengetahuan. Oleh itu, minat membaca harus disemaikan dalam kanak-kanak demi kebaikan mereka.
( 248 patah perkataan)
Bagus la.tulis berape patah perkataan
BalasPadamOk lah tu...panjang dan banyak isi tersirat dan tersurat.Tak terlalu panjang dan tak terlalu pendek.
BalasPadamNice
BalasPadamgreat karangan
BalasPadamoh
BalasPadam