Kesan-kesan Buruk Merokok

Model karangan 


Huraikan pendapat anda tentang kesan-kesan buruk merokok.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.



Kesan-kesan Buruk Merokok


Mengakibatkan penyakit
Membazirkan wang
Menyebabkan ketagihan
Menjejaskan personaliti perokok



            Merokok amalan yang tidak baik.  Asap rokok mengandungi 4,000 bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatann badan.  Oleh itu, amalan merokok banyak mendatangkan kesan buruk.

            Salah satu kesan buruk itu ialah merokok mengakibatkan penyakit.  Antara penyakit yang diakibatkan oleh merokok ialah kanser paru-paru dan penyakit jantung.  Kedua-dua penyakit ini berpunca daripada bahan kimia seperti tar, ammonia, dan arsenik yang terkandung dalam asap rokok.  Penyakit ini mat berbahaya dan boleh membawa maut.

            Selain itu , merokok akan menyebabkan ketagihan.  Ketagihan berpunca daripada nikotina dalam asap rokok.  Seseorang yang ketagiah rokok akan berasa letih dan murung jika tidak merokok.  Tangannya akan menggeletar dan degupan jantung menjadi lebih laju.   Dia juga tidak dapat menumpukan perhatian terhadap kerja yang dilakukannya.

            Di samping itu,  merokok juga menjejaskan personaliti perokok.  Nafasnya,  rambutnya dan pakaiannya berbau asap rokok.  Giginya berwarna kuning atau perang kerana dikesani oleh nikotina dalam asap rokok.  Hal ini menyebabkan orang lain berasa kurang selesa apabila berdekatan dengannya.

            Seterusnya,  merokok membazirkan wang.  Hal ini kerana harga rokok sangat mahal, contohnya, sekotak rokok berisi 20 batang rokok berharga RM 10.00.  Jika perokok menghisap dua kotak rokok seharai dia membazirkan RM 20.00 sehari untuk menikmati sesuatu yang bukan sahaja tidak berfaedah tetapi juga memudaratkan kesihatannya.

            Kesimpulannya,  amalan merokok tabiat yang buruk.  Jauhilah amalan merokok demi menjaga kesihatan badan.







                                                                        (  208 patah perkataan )

12 ulasan: