Meningkatkan Pengeluaran Hasil Pertanian

Model karangan 


Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan pengeluaran hasil pertanian.   Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Meningkatkan Pengeluaran Hasil Pertanian


1  ambil alih kawasan pertanian terbiar
2  perbanyak kawasab pertanian
3  tingkatkan penyelidikan pertanian
4  Kaedah pertanian moden



            Belakangan ini,  Malaysia menumpukan perhatian  terhadap sektor perindustrian.  Namun demikian, sektor pertanian  tidak dipinggirkan kerana hasil pertanian seperti kelapa sawit, kko, dan getah merupakan eksport penting negara.  Oleh itu, langakh -langkah telah diamabil untuk meningkatkan pengeluaran harga pertanian negara.

            Satu langkah adalah dengan mengambil alih kawasan pertanian yang terbiar.  Banyak kawasan pertanian, terutama yang diusahakan petani dan pekebun kecil, dibiarkan tanpa bertananam kerana kegiatan tersebut.  Kerajaan, melalui agensi kerajaan yang berkaitan harus mengambil alih kawasan pertanian itu supaya hasil pertanian dapat ditingkatkan.

            Selain itu,  kerajaan harus memperbanyak kawasan pertanian .  Tumpuan kerajaan terhadap  sektor perindustrian telah menyebabkan banyak kawasan pertanian ditukar kepada tapak perindustrian.  Oleh itu,  kerajaan harus meneroka kawasan pinggir hutan untuk dijadikan kawasan pertanian.  Hal ini akan dapat meningkatkan hasil pertanian.

            Di samping itu,  kerajaan hendaklah meningkatkan penyelidikan pertanian.  Melalui penyelidikan, baka tanaman dan teknik pertanian yang lebih baik dapat ditemukan.  Sebagai contohnya, baka padi MR 220 dna MR 232 mempunyai umur matang yang singkat.  Teknologi G-flex ialah teknik penorehan pokok getah yang dapat meningkatkkan penghasilan susu getah.  Hal ini akan meningkatkan hasil pertanian.

            Seterusnya, kaedah pertanian moden harus digunakan.  Penggunaan jentera moden seperti mesin pembajak dan jentuai membolehkan pertanian dijalankan dalam skala yang besar.  Dengan cara ini,  hasil pertanian akan meningkatkan berlipat ganda.

            Kesimpulannya, sektor pertanian  bukan sahaja sumber pendapatan negara tetapi juga sumber makanan.  Oelh itu , hasil pertanian , terutama hasil makanan , harus dipertingkatkan untuk menjamin bekalan makanan negara mencukupi.





                                                                                    (  240 patah perkataan)

1 ulasan: