Model karangan
Huraikan
pendapat anda tentang langkah-langkah untuk mengawal kenaikan haraga baranga
keperluan pada masa perayaan. Panjangnya
huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.
Langkah-langkah
untuk Mengawal Kenaikan Harga Barangan Keperluan Pada Musim Perayaan
1 memastikan bekalan barang keperluan mencukupi
2 membenarkan pengimportan barang keperluan
3 menambah bilangan barang dalam senarai barang
rawatan
4 mengambil tindakan undang-undang
Setiap kali sesuatu perayaan
menjelang, harga sesetengah barang keperluan akan naik. Peniaga yang tidak bertanggungjawab akan
menaikkan harga untuk mengaut keuntungan.
Oelh itu, Kementerian
Perdaganagan Daalm Negeri, Koperasi dna Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil langakh-langkha untuk
menangani masalh ini.
Salah satu langkah ialah KPDNKK akan meminta pembekal dna pengedar
memastikan bahawa bekalan barang keperluan mencukupi pada masa perayaan. Permintaan terhadap barang keperluan biasanya
akan meningkat pada musim perayaan. Jika
bekalan barang adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan, peniaga tidak akan
menaikkan harga barang tersebut.
Selain itu, KPDNKK akan membenarkan pengimportan barang
keperluan yang bekalan tempatannya tidak mencukupi. Cara ini akan meningkatkan bekalan barang
tersebut untuk memenuhi permintaan pada masa perayaan. Dengan itu, peniaga tidak mempunyai asalan
untuk menaikkan harga barang-barang tersebut.
Di samping itu, KPDNKK akan menambah bilangan barang dalam
senarai barang kawakan. Harga maksimum
barang kawalan ditetapkan oleh KPDNKK dan
harga itu mesti dipamerkan oleh peniaga.
Peniaga tidak boelh menjual barang kawalan melebihi harga maksimum
itu. Dengan cara ini, pengguna tidak
akan tertipu oleh peniaga.
Seterusnya, KPDNKK akan mengambil tindakan undang-undang
terhadap peniaga yang menaikkan harga barang kawalan sewenang-wenang. KPDNKK akan menghantar pegawai pemantau
harga dan pegawai penguat kuasa untuk menjalankan pemantuan di seluruh negara
. Mereka akan membuat pemeriksaan
mengejut terhadap peniaga untuk meneliti harga barang mereka. Denda yang berat akan dikenakan terhadap peniaga yang menaikkan harga untuk mengaut
keuntungan.
Ringkasnya, tindakan KPDNKK sahaja
tidak memadai untuk mengawal kenaikan harga barang pada masa perayaan. Pengguna juga harus memaikan peranannya
dengan melaporkan peniaga yang menaikkan harga barang kepada KPDNKK.
( 247 patah perkataan )
Tiada ulasan:
Catat Ulasan