Sebab-sebab Filem Tempatan Kurang Bermutu

Model karangan 


Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab filem tempatan kurang bermutu.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Sebab-sebab Filem Tempatan Kurang Bermutu


1  skrip yang bermutu rendah
2  kurangnya pengarh yang berpengalaman
3  kurangnya pelakon yang berbakat
4  kekurangan perlatan yang canggih


            Setiap tahun, pengusaha filem tempatan menghasilkan berpuluh-puluh filem tempatan.  Namun demikian, kebanyakan filem tempatan itu kurang mendapat sambutan penonton kerana dikatakan kurang bermutu.  Apakah sebab-sebab filem tempatan kurang bermutu?

            Satu daripada sebabnya ialah skrip yang bermutu rendah.  Skrip yang baik mesti mempunyai unsur keindahan  dialog, saspens, dan kekreatifan untuk memikat penonton.  Malangnya,  skrip filem tempatan kekurangan semua unsru ini.  Tema kebanyakan skrip tempatan agak stereotaip.  Kebanyakannya masih berkisahkan percintaan dan komedi yang sudah basi.

            Selain itu,  mutu filem tempatan terjejas oleh kurangnya pengarah yang berpengalaman dan berbakat.  Pengarah penting dalam pemilihan dna pengarahan pelakon.  Di Malaysia, banyak pelakon menjadi pengarah tanpa pengalaman dna latihan yang secukupnya.  Akibatnya, filem arahan mereka tidak menarik dan tidak bermutu.

            Di samping itu,  kurangnya pelakon yang berbakat juga mempengaruhi mutu filem tempatan.  Banyak pelakon yang memegang watak utama dalam filem temaptan bukan pelakon profesional.  Sebaliknya, mereka penyanyi, peragawati, atau personaliti televisyen.  Mereka diambil untuk berlakon kerana mereka terkenal dalam bidang masing-masing.  Akibatnya,  mereka kaku di hadapan kamera dan tidak berupaya untuk menjiwai watak yang dipegangnya.

             Seterusnya, mutu fielm tempatan juga terjejas oleh kekurangan peralatan canggih.  Peralatan canggih amat penting untuk menghasilkan kesan khas seperti letupan, lagak ngeri, perlanggaran, dan kebakaran yang hebat dan realistik.  Oleh itu, kesah khas yang terdapat dalam filem tempatan tidak realistik dan tidak dapat menguja penonton.

            Ringkasnya, pengusaha filem tempatan harus berusaha untuk mengatasi kekangan terhadp filem tempatan.  Jika tidak , filem tempatan akan terus malap kerana dibayangi oleh beratus-ratus filem asing yang membanjiri negara kitas setiap tahun.




                                                                        (  246 patah perkataan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan