Punca-punca Pengangguran di Kalangan Siswazah

Model Karangan


Lihat rajah di bawah ini dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang punca-punca pengangguran di kalangan siswazah.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Punca-punca Pengangguran di Kalangan Siswazah 


1  inginkan gaji yang tinggi 2  selektif tentang syarikat
3  terlalu memilih pekerjaan 4 kelemahan dalam kemahiran berkomunikasi

Bilangan siswazah yang menganggur di negara kita semkain bertambah.  Memang benar bahawa sebahagian besar daripada siswazah itu menganggur kerana tidak ada jawatan kosong yang mencukupi untuk menampung mereka.  Namun demikian, terdapata beberapa punca lain yang menyebabkan pengangguran dalam kalangan siswazah.

Salah itu punca itu ialah siswazah menginginkan gaji yang tinggi yang bersesuaian dengan kelayakan mereka meskipun mereka tidak mempunyai pengalaman kerja.  Oleh itu , mereka tidak mahu memohon jawatan yang menawarkan gaji yang rendah.  Mereka sanggup menganggur daripada bekerja dengan menerima gaji yang rendah.

Selain itu, terdapat siswazah yang terlalu memilih pekerjaan.  Mereka hanya mahu membuat kerja yang sesuai dengna kelayakan mereka supaya tidak menjejaskan imej mereka.  Oleh itu, mereka tidak mahu menerima kerja kolar biru atau kerja di ladang-ladang walaupun ada kekosongan.

Di samping itu,  terdapat siswazah yang bersikap selektif tentang syarikat tempat mereka bekerja.  Mereka hanya memilih syarikat yang mempunyai kedudukan kukuh.  Dari satu sudut, pemilihan begini memang wajar bagi menentukan kestabilan pekerjaan mereka tetapi hakikatnya amat sukar untuk mereka memperoleh pekerjaan di syarikat berkenaan kerana kekurangan pengalaman.

  Seterusnya, pengangguran dalam kalangan siswazah juga berlaku kerana kelemhab dalam kemahiran berkomunikasi.  Siswazah tidak dapat berkomunikasi dengan baik dan yakin semasa temu duga.  Hal ini diburukkan lagi oleh ketidakupayaan mereka berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.  Hal inilah yang menyebabkan kebanyakan siswazah gagal mendapat pekerjaan.

Ringkasnya, memang bukan mudah bagi siswazah mendapat pekerjaan yang diingini kerana mereka tidak berpengalaman.  Oleh itu,  mereka harus sedia membuat apa-apa kerja yang ada sementara mencari kerja lain yang bersesuaian dengan kelayakan mereka.

(  244 patah perkataan)

4 ulasan: