Bilangan graduan dari universiti yang tidak mendapat pekerjaan semakin bertambah setiap tahun. Untuk mengatasi masalah ini, kerajaan menggesa siswazah supaya menceburi bidang perniagaan daripada makan gaji.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan tersebut.
Setiap
tahun beribu-ribu orang graduan keluar dari universiti. Graduan baru ini akan mencari pekerjaan
. Akan tetapi, ramai graduan tidak akan
mendapat pekerjaan kerana peluang pekerjaan
yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah graduan itu. Ramai graduan
mungkin terpaksa menganggur selama beberapa tahun sebelum mendapat pekerjaan.
Pada
pendapat saya, keinginan kuat untuk makan gaji ini berpunca daripada cara
didikan anak. Kebanyakan ibu bapa
menyuruh anak-anak mereka belajar sampai ke peringkat university dan lulus
dengan pangkat terbaik supaya dapat mendapat pekerjaan yang bergaji
lumayan. Pendapat kita jarang sekali
menggalakkan anak-anak kita menceburi bidang perniagaan. Hal ini demikian kerana menjalankan
perniagaan memerlukan modal yang besar dan berdepan dengan risiko yang
pelbagai.
Namun
demikian, kadar pengangguran yang tinggi
dalam kalangan graduan kini tidak lagi membenarkan pemikiran demikian. Ibu bapa wajar menggalakkan anak-anak mereka
yang berkelulusan ijazah atau diploma bekerja sendiri atau menjalankan
perniagaan secara kecil-kecilan. Mungkin
mereka akan gagal pada mulanya kerana tidak tahu mengurus perniagaan.
Akan tetapi mereka masih muda dan mampu menghabiskan masa untuk mencuba
nasib di samping menimba pengalaman.
Sebenarnya,
pengalaman amat penting dalam menjalankan perniagaan. Pengalaman berniaga lebih baik ditimba dari
awal lagi, iaitu sebaik-baik sahaja seseorang tamat pengajiannya di institusi
pengajian tinggi. Ramai usahawan yang
berjaya tidak mendapat pendidikan formal sehingga ke peringkat university. Kejayaan mereka dalam perniagaan adalah
kerana pengalaman mereka dan keinginan untuk Berjaya. Semangat ingin Berjaya inilah yang harus
ditanam dalam hati nurani anak-anak muda kita.
Mereka tidak harus berpuas hati dengan menjadi akauatan atau pegawai
tadbir sahaja. Sebaliknya, mereka harus
berusaha untuk menceburi bidang perniagaan dan menjadi usahawan yang Berjaya.
Budaya
menjadi usahawan sudah lama wujud dalam kaum Cina di Negara kita. Orang Cina yang berniaga akan membawa anak
–anak mereka ke kedai untuk membantu sambil belajar selok-belok
perniagaan. Dengan itu, anak-anak itu
terdedah kepada dunia perniagaan sejak kecil lagi. Pendedahan awal akan menjadi bekal yang baik
kepada mereka untuk menceburi bidan perniagaan apabila mereka tamat pengajian
tinggi.
Saya
berpendapat bahawa orientasi perniagaan harus dianjurkan agar dapat melahirkan
usahawan yang lebih ramai di kalangan siswazah.
Hal ini dapat memberikan kerjaya alternative kepada siswazah yang tidak
mendapat pekerjaan. Peranan kerajaan
amat penting dalam menggalakkan siswazah menceburi bdiang perniagaan. Kerajaan harus menyediakan insentif bagi
siswazah seperti menyediakan pinjaman perniagaan yang mudah melalui bank dan
mengadakan kursus keusahawan intenstif.
Sebagai
kesimpulannya, usaha untuk menggalakkan siswazah menceburi bidang perniagaan
memerlukan kerjasama daripada ibu bapa, institusi pengajian tinggi, dan
kerajaan. Yang penting sekali ialah para
siswazah mesti sanggup mengubah persepsi tradisional mereka tentang kerjaya,
iaitu daripada makan gaji kepada menjadi bos sendiri.
(445 patah perkataan)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan