Kemerosotan disiplin pelajar sejak akhir-akhir ini amat membimbangkan. Banyak pihak berpendapat bahawa satu-satunya jalan penyelesaian adalah dengan mengembalikan hukuman rotan. Bincangkan baik buruknya hukuman rotan.
Masalah disiplin pelajar sekolah menengah sering menjadi
isu nasional yang hangat diperkatakan.
Umumnya, masyarakat melahirkan
rasa bimbang tentang kemungkinan masalah ini bertambah buruk sekiranya tiada
langkah tegas diambil bagi membendungnya.
Pelbagai cadangan telah dikemukakan bagi menangani masalah ini. Umumnya, orang ramai berpendapat bahawa hukuman rotan patut diperkenalkan
semula. Namun demikian, banyak tokoh pendidikan berpendapat sebaliknya.
Sebenarnya, hukuman rotan mempunyai pro dan
kontranya. Ada pihak yang mendakwa hukuman rotan tidak berkesan dalam
membetulkan disiplin pelajar. Mereka
berpendapat sikap ibu bapa dan pelajar hari ini jauh berbeza daripada pelajar
zaman lampau. Dahulunya ibu bapa menghantar anak ke sekolah dengan pesanan
kepada gurunya agar merontanlah jika perlu selgai tindakan itu tidak
mencederakan anak mereka. Guru dilihat
sebagai pendidik dan pembentuk sahsiah anak.
Kini, segalanya telah berubah. Ibu bapa hari ini cenderung untuk campur tangan dalam urusan
mendisiplinkan anak oleh guru. Mereka
memandang guru sebagai penyampai ilmu, dan tidak lebih daripada itu. Guru-guru yang menjalankan hukuman rotan akan
dimusnahi. Ada kalanya guru akan diheret
ke mahkamah jika ibu bapa tidak berpuas hati dengan cara guru mendisiplinkan
anak mereka.
Sesetengah ibu bapa menaruh syak wasangkan terhadap guru
yang diberikan kuasa untuk merotan.
Mereka bimbang guru akan menyalahgunakan kuasa yang diberikan. Telah timbul kontroversi tidak lam dahulu
apabila kementerian Pendidikan bercadang untuk memberikan kuasa auksilari polis
kepada guru disiplin dalam menangani masalah gangsterisme di sekolah. Rata-rata ibu bapa berpendapat kemungkinan
guru menyalahgunakan kuasa itu.
Akhirnya, cadangan itu berkubur dengan sendirinya.
Secara peribadi, saya berpendapat cara hukuman rotan ini
amat berkesan dalam menyelesaikan masalah disiplin pelajar. Walaupun cara ini meninggalkan kesan mendalam
seperti rasa malu, benci dan memberontak,
nmaun inilah cara terbaik untuk mengembalikan keadaan sesuai untuk tujuan pembelajaran
dan pengajaran. Umumnya cara nasihat dan
bimbingan yang diamalkan tidak mendatangkan kesan seperti yang
dihasratkan. Biasanya pelajar yang keras
kepala akan mengulangi kesalahannya walaupun ditegur beberapa kali.
Hukuman rotan harus tidak mencederakan pelajar dan
seorang guru lain harus hadir untuk menyaksikan hukuman itu dilaksanakan. Pada pendapat saya, kuasa merotan wajar
diberikan kepada guru disiplin sahaja. Sekiranya
dijalankan secara adil dan betul, banyak masalah disiplin yang merundung para
guru akan lenyap. Pelajar akan berfikir
dua kali sebelum melakukan sebarang salah laku.
Cara ini membolehkan kita melihat kesannya dengan lebih cepat.
Namun demikian, terdapat pihak yang berpendapat bahawa
kaedah kaunseling lebih wajar digunakan untuk mendisiplinkan pelajar. Menurut mereka, setiap masalah mesti ada sebab
musababnya. Guru kaunseling dan pelajar
akan sama-sama meneroka punca masalah untuk mencari penyelesian.
Jika gagal juga, pihak sekolah akan menghubungi ibu bapa
untuk sama-sama mencari punca seseorang pelajar berkelakuan sedemikian. Pelajar bermasalah yang sukar untuk
dipulihkan akan dinasihati agar memohon bertukar ke sekolah lain. Tujuannya adalah untuk memberi suasana baharu
serta menyuntuk kesedaran kepada pelajar berkenaan. Melalui cara ini, diharapkan pelajar itu akan
berubah demi kejayaan diri, sungguhpun
cara ini memerlukan masa yang lebih banyak.
Secara tuntas, zaman telah berubah. Para ibu bapa dan pelajar tidak sanggup lagi
menerima hukuman rotan. Oleh itu, guru
harus menggunakan kaedah kaunseling untuk mendisiplinkan pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan