Nyamuk Aedes dan huraikan langkah-langkah yang dapat kita ambil untuk mencegah demam denggi


Image result for nyamuk aedes
Demam denggi penyakit yang disebabkan oleh nyamuk Aedes.  Penyakit ini sangat berbahaya kerana boleh membawa maut.  Oleh itu, kita harus mengambil langkah-langkah untuk mencegah demam denggi.

      Aedes merupakan sejenis spesies nyamuk yang ditemui di iklim tropika dasn khatulistiwa, iaitu Asia Tenggara khasnya seperti Nyamar, Cambodia, Thailand, Indonesia dan Malaysia serta Philipina. Semuanya negara-negara bermusim panas.  Iklim yang panas sesuai untuk nyamuk ini bertelur dan hidup. Kawasan yang bertakung air seperti tayar , longkang tersekat di luar rumah dan akuarium di dalam rumah merupakan tempat bertelur nyamuk aedes.  Kitaran hidupnya bermula dari telur hingga dewasaa mengamabil kira=kira satu minggu.  Ia menggigit biasanya pada waktu pagi pukul 9 dan waktu petang atau senja pukul 7 petang.  Sejak kuno lagi, perkataan Yunai kuno aedes membawa erti “tidak menyenangkan”, kerana nyamuk aedes menyebarkan beberapa penyakit berbahaya seperti demam denggi dan demam kuning.. Nyamuk dapat dikenali dari badanya yang berbelang  dan berbintik putih dan hitam. Para ahli perubatan mengenal pasti nyamuk ini membuatkan orang bersakit melalui virus bernama “Zika”.  Virus yang menular dalam darah pesakit menyebabkan demam denggi.  Yang berbezanya dengan Malaria ialah Malaria disebabkan oleh sejenis parasit Plasmodium dan hanya yang betina sahaja yang akan menyebabkan penyakit apabila menggigit pesakit yang menghidap malaria.

Tanda-tanda dijangkit nyamuk aedes ialah demam panas teruk, sakit pada tulang, otot dan sendi-sendi tulang, sakit kepala yang kuat serta ruam merah yang akan muncul  3- 4 hari selepas demam panas. Muntah

Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.  Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik yang menjadi tempak pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan.  Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya secara kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes.

Selain itu, kita hendaklah melindungi diri daripada gigitan nyamuk.  Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang.  Oleh itu, pakailah pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu.  Pada bahagian tubuh yang terdedah, sapukan krim penghindar nyamuk.

Di samping itu, kita boleh memasang jaring nyamuk pada tingkap rumah.  Jaring ini dapat menghalang nyamuk daripada memasuki rumah.  Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran nyamuk untuk mengelak daripada digiggt nyamuk pada waktu malam. Cara yang paling berkesan ialah sapukan krim lotion pada tubuh badan untuk menghindarinya.
Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa.  Kita boleh menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah.  Di luar rumah pula, minta pihak berkuasa mengadakan semburan kabus untuk membunuh nyamuk.

     Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja.  Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.


1 ulasan: