Pada suatu Hari Sabtu, penghuni-penghuni yang diam di Taman Marina telah bertungkus lumus berkumpul mengadakan aktiviti gotong-royong. Seramai 20 orang datang melibatkan diri secara sukarela membersihkan tempat kediaman mereka.
Pada hari tersebut, kami membawa penyapu, cangkung,sabit, pongkes, sarung tangan, topi dan segala peralatan yang diperlukan. Mula-mula kami memotong rumput yang tumbuh tinggi dan berselerak berdekatan di tepi jalan dan longkang. Tidak lupa juga kami membersihkan rumput-rumpai yang tumbuh di tepi pokok-pokok bunga dan memungut sampah di hadapan rumah kami. Selepas selesai membersihkan rumput di hadapan rumah, kami menggunakan cangkung membuang sampah-sarap dan rumput rumpai di dalam longkang di tepi jalan sehingga air dapat mengalir dengan lancar dan tidak menyebabkan sekatan oleh kayu-kayu atau pun sampah-sarap. Kami juga berusaha membersihkan longkang kecil beberapa orang penghuni rumah mereka yang bertakung air kerana disekat oleh sampah sarap. Selepas selesai membersihkan bahagian depan rumah, kami semua bergerak ke belakang rumah menebang pokok-pokok dan rumput-rumput yang tumbuh di belakang rumah kami. Sambil itu juga kami membuang sampah-sarap dan memperbaiki pagar-pagar yang rosak. Selepas bekerja selama dua jam kami berehat seketika sambil menjamu selera dan minum air yang disediakan oleh makcik-makcik yang cukup baik hati yang tinggal di kawasan ini.
Habis makan, kami meneruskan lagi kerja. Kami bercadang mengindahkan sekitar tempat kediaman. Hasrat kami ini telah ada sejak 2 tahun lagi. Kami menanam bunga-bunga di tepi jalan. Selepas itu di belakang rumah kami, kami menggunakan tanah yang lapang dan menanam beberapa pohon pokok-pokok pisang. Ada juga pokok pisang yang dahulu ditanam oleh kami telah tumbuh besar dan berbuah. Maka kami pun sambil membahagi-bahagikan hasil daripada titik peluh kami. Pisang-pisang yang masak itu di bawa balik ke rumah masing-masing. Kami juga menyembuh baja seperti tahi ayam kepada pokok-pokok bunga dan pokok-pokok pisang. Sebagai tanda penghargaan kepada kami semua, kerajaan tempatan telah menghadiahkan RM100 kepada wakil kami tiap-tiap tahun. Jadi kami pun menggunakan duit tersebut untuk membelikan segala keperluan dan peralatan. Selebihnya kami menggunakan untuk mengadakan jamuan pada akhir tahun. Aktiviti ini berakhir kira-kira pada pukul 11:00 pagi. Maka masing-masing pun pulang dengan hati yang penuh gembira. Kami semua berharap berjumpa lagi.
Dalam pada itu, mengapa kegiatan gotong-royong kerap dan masih diamalkan di kalangan masyarakat kini? In kerana ada banyak faedah yang diperolehi daripadanya. Antaranya, gotong-rotong mempercepatkan dan meringankan kerja dan beban masyarakat yang tingga di suatu kawasan. Contohnya, semua jiran membantu membuang sampah sarap, memotong rumput dan membina jambatan kayu di Taman Perumahan mereka. Melalui aktiviti ini juga, jiran jiran menyiapkan kerja-kerja dalam masa yang singkat. Ini kerana semua jiran sama-sama menyumbang tenaga. Contoh sahaja dalam membersihkan kawasan Perumahan kita, apabila semua jiran datang memberi sumbangan dan tenaga memotong dan mencabut rumput, mengutip kayu-kayu dan sampah-sampah, kerja-kerja pembersihan tidak perlu menunggu kedatangan kerajaan tempatan. Tidak kurang penting juga kerja gotong-royong memanfaatkan masyarakat setempat kerana melalui aktiviti ini jiran-jiran menjadi mesra dan boleh mengenali semasa sendiri melalui perbualan dan komunikasi telephone. Yang lebih penting lagi, aktiviti ini menjadikan jiran-jiran lebih memahami apa yang berlaku di tempat tinggal mereka. Contohnya, jiran-jiran sama-sama membersihkan longkang-longkang yang tersumbat. Tetapi mendapati keadaan yang tidak disangka oleh mereka semua. Longkang-longkang yang tersumbat membawa bau busuk dan nyamuk membiak di kawasan longkang yang bertakung.
Melalui aktiviti bergotong-royong, semua jiran boleh menulis kepada Ketua kerajaan tempatan atau Mayor untuk mengadu tentang masalah longkang yang tersumbat dan mendapat bantuan daripada kerajaan tempatan untuk menyelesaikannya.
(567 perkataan)
wow
BalasPadamSaya harap pt3 or SPM lulus aminn tolong doakan saya
BalasPadamSangat bagus karangan ini...
BalasPadamTerima kasih
BalasPadam