Karangan SPM
Kanak-kanak merupakan pemimpin pada masa depan. Mereka belajar dari orang di sekitar mereka. ibu bapa merupakan orang yang mengajar dan memberi tunjuk ajar kepada mereka kerana selain berada di sekolah masa selebihnya mereka berada di sisi ibu bapa mereka. Dalam pada itu, ibu bapa memainkan peranan yang penting dan besar dalam memupuk tabiat dan minat membaca di kalangan anak-anak mereka. Tidak kurang penting juga guru-guru memainkan peranan memupuk tabiat ini di kalangan kanak-kanak kecil. Walau bagaimana pun, ibu bapa boleh memberi lebih perhatian kepada anak-anak mereka berbanding guru-guru di sekolah kerana dalam satu kelas bilangan kanak-kanak terlalu banyak.
Untuk memainkan peranan mereka memupuk minat membaca membaca di kalangan anak-anak mereka, ibu bapa terlebih dahulu boleh membawa anak-anak mereka ke perpustakaan. Di dalam perpustakaan anak-anak mereka boleh memilih sendiri buku-buku yang disukai mereka. Selain itu, dalam perpustakaan ada banyak jenis buku-buku dalam pelbagai bidang sama ada dokumentari, cerita dongeng.
Pada waktu selebihnya, ibu bapa perlu menjadi teladan atau contoh kepada anak-anak mereka, iaitu ibu bapa sendiri perlu meluang masa membaca buku atau suratkhabar, dengan itu anak-anak mereka akan mengikut. Lama-kelamaan anak-anak mereka akan menunjukkan minat terhadap tabiat membaca. Selain daripada kedua-dua di atas, Ibu Bapa boleh menyedia satu luang untuk anak-anak mereka seperti rak-rak untuk menyimpan buku-buku cerita, kemudahan seperti kerusi meja untuk anak-anak membaca. Selain yang disebut ketiga-tiga di atas, ibu bapa boleh memberi ganjaran atau rangsangan kepada anak-anak mereka supaya tabiat membaca ini diteruskan lagi. Ganjaran yang diberi juga boleh menjadikan anak-anak itu suka membaca dan tidak perlu disuruh-suruh. Lama-kelamaan mereka akan menjadikan tabiat membaca ini di dalam kehidupan seharian mereka. Ganjaran yang diberi oleh Ibu Bapa boleh dalam pelbagai bentuk seperti permainan, hadiah dalam bentuk wang saku, makanan yang disukai mereka seperti ice-cream, KFC dan sebagainya. Bagi kalangan Ibu Bapa yang lebih mampu dari segi kewangan, mereka boleh membawa anak-anak mereka melancong ke luar negeri atau ke resorts-resorts.
Bak kata perpatah Cina dalam buku adalah gedung ilmu. Daripada perpatah ini, ternyatalah membaca boleh membawa banyak faedah kepada semua lapisan masyarakat, baik yang tua mahupun yang muda. Kita boleh memperolehi ilmu pengetahuan melalui bacaan. Contohnya, dalam buku masakan ada banyak dan jenis-jenis ilmu yang mengajar orang memasak dan teknik-teknik serta tip-tip masakan. Kepada pelajar-pelajar yang belajar di insitusi pengajian tinggi pula, buku-buku di dalam perpustakaan boleh membantu mereka membuat penyelidikan. Contohnya pelajar Master atau PhD yang membuat kajian dalam bidang kedoktoran tentang jantung, perlu selalui mengunjungi perpustakaan untuk mencari jurnal-jurnal yang berkaitan dengan kajian dan penyelidikan mereka. Jurnal-jurnal tersebut merupakan kajian-kajian yang dibuat pada masa lalu.
Melalui suratkhabar pula, kita boleh mengetahui kejadian di kawasan setempat dan juga luar negeri. Dalam suratkhabar ada iklan tentang jawatan kosong di sekolah mahupun syarikat – syarikat besar atau kecil. Melalui suratkhabar juga kita boleh mengetahui perkahwinan atau kematian seseorang. Lagi dalam suratkhabar disiakan pasar raya tentang barang-barang yang diberi potongan harga seperti barangan kegunaan seharian seperti sabun dan buah-buahan.
Selain itu, amalan membaca membantu kita menghabiskan masa tentang kegiatan yang berfaedah. Kita tidak perlu sentiasa bergantung kepada kegiatan fizikal seperti berenang dan bermain bola untuk menghabiskan masa lapang. Ini terutamanya untung pada hari hujan lebat. Pada hari hujan lebat, baik duduk di dalam rumah menikmati kegiatan membaca daripada buku-buku bersama keluarga. Kegaiatan membaca juga merapatkan hubungan kita dengan anak-anak kita. Contohnya, ibu bapa duduk bersama-sama dengan anak-anak mereka semasa membaca di ruang tamu. Melalui perbualan dengan anak-anak mereka hubungan menjadi mesra. Pada masa yang sama, ibu bapa boleh mengetahui kemajuan anak-anak mereka yang berada di sisi rumah memandangkan ibu bapa hari ini banyak menghabiskan masa bekerja di luar rumah dan anak-anak mereka juga menghabiskan banyak masa ini di sekolah dan kelas tuition.
(622 perkataan)
assalamualaikum..mohon izin kongsikan karangan ini dengan murid - murid ...terima kasih
BalasPadam