Anda telah menyertai Pertubuhan Pasukan Pengakap. Ceritakan kegiatan yang dilakukan pada Hari Pengakap. Kemudian huraikan faedah-faedah yang diperolehi daripada Penyertaan dalam pasukan pengakap.

Karangan SPM


Saya dan Wei Lian telah menjadi ahli pengakap selama 3  tahun iaitu sejak tingkatan dua di sekolah.  Sekarang kami masing-masing telah menjadi Kapten dalam pasukan pengakap berdasarkan pengalaman dan prestasi yang ditunjukkan selama 3 tahun ini.

            Masuk tahun ke-4 kami berdua rakan sedarjah menyertai Pertubuhan Pengakap ini kebetulan adalah sambutan Hari Pengakap sekolah kami yang ke-50, iaitu Pertubuhan Pengakap sekolah kami telah ditubuhkan selama 50 tahun dan menyambut Hari Pengakap yang ke-50.  Pada hari yang penuh bersejarah ini, Pasukan Pengakap sekolah kami telah menyediakan pelbagai jenis program untuk menyambutnya.  Sebelum Hari Pengakap ini,  banyak pertemuan telah diadakan untuk merancang aktiviti-aktiviti pada Hari Pengakap dan juga mengenal pasti undangan-undangan pada Hari yang bersejarah itu.  Di samping
itu,  semua ahli pengakap yang baru digalakkan menyumbang tenaga dan bakat serta masa mereka dalam aktiviti -aktiviti pada Hari itu.      
       
               Kami ahli -ahli ketua Pasukan Pengakap pula sibuk dengan kerja -kerja yang rumit seperti susunan akitiviti-aktiviti dan penyeliaan serta memastikan kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Pasukan yang paling tinggi dilaksanakan.  Selain itu, kami juga membuat aturan dan pembahagian kerja sebelum, pada dan selepas hari itu.  Semasa hari itu semakin dekat, kami berdua menjadi resah kerana ini tahun pertama kami menjadi ketua unit.  Tetapi apabila mendekati hari itu hati kami menjadi redah kerana persiapan yang mencukupi telah dibuat oleh kami.  Pada jam 9:00 pagi,  tetamu-tetamu kehormat dan Penolong Menteri Pelajaran telah tiba di dewan sekolah.  Selepas perucapan diberi oleh tetamu-tetamu yang diundang,  lagu negaraku dinyanyikan berserta bendera dinaikkan sebagai tanda pelancaran rasmi Hari Pengakap.  Ini diikuti oleh lagu negeri dan lagu Pengakap.  Pada jam 9:40 pagi, tetamu-tetamu diundang ke sebuah bilik untuk menjamu selera yang dihidangkan dengan kopi dan kuih muih.  Kami turut mengambil kesempatan berbual-bual dengan mereka.  Pada waktu itu juga Ketua kami menerima sumbangan dalam bentuk wang  selama RM 2000 daripada Kementerian Pelajaran.  Selain itu, kami turut menerima wang tunai beberapa ratus ringgit daripada tetamu-tetamu yang diundang.  Kata mereka wang tunai itu moga-moga boleh meringankan beban kewangan Persatuan kami.  Selepas jam 11:00 pagi, kami mengucap selamat jalan kepada mereka . Hari Pengakap itu telah disambut oleh seramai 500 orang pelajar di sekolah kami.  Rancangan diteruskan pada waktu petang.  Pameran-pameran gambar Pengakap seperti Pakaian, lencana yang beraneka jenis yang menunjukkan pangkat, dan cenderamata.

                 Bercerita pula dengan faedah-faedah pengerakan pengakap ini yang merupakan pertubuhan di sekolah yang sangat popular, penyertaan aktiviti Pengakap menjadikan seseorang itu berdisiplin.  Contohnya,  ahli Pengakap perlu menepati masa menghadri sesuatu aktiviti.  Mereka juga perlu mematuhi jadual dan peraturan dalam persatuan dan tidak berbuat sesuka hati.  Ini penting menjadikan mereka rakyat yang berguna apabila dewasa nanti dan bekerja.  Nilai-nilai murni seperti bekerjasama dan bertoleransi juga senang disemai di antaranya.  Ahli Pengakap bekerjasama mendirikan khemah-khemah, memasak dan mencari kayu.  Mereka juga perlu bertoleransi antara satu sama lain agar tidak bertengkar.  Ia juga mengajar kemahiran sosial apabila berinteraski dengan ahli-ahli Pengakap yang lain.  Yang paling penting,  persatuan ini berunsukan kebajikan.  Ahli-ahli Pengakap perlu melawat rumah orang tua.  Pada Minggu Pengakap pula,  semua ahli perlu menolong membersihkan kawasan rumah orang awam seperti memotong, mencabut rumput dan membuang kayu-kayu.  Sebagai rekod, setiap mereka diberi buku rekod untuk mencatat lawatan rumah yang dikunjungi mereka.

                 Untuk menyemai sikap berbudi baik di kalangan muda-mudi, Persatuan Pengakap memainkan peranan yang penting.   Sifat kepimpinan disemai juga dalam sanubari ahli-ahli Pengakap kerana mereka dilantik menjadi ketua pasukan.  Inilah masanya peluang mereka menjadi pemimpin. Di samping aktiviti-aktiviti pengakap yang menarik, faedah-faedah yang diperolehi daripada penyertaan pasukan pengakap memang banyak and baik untuk masa depan murid-murid sekalian.


(589 perkataan)




Tiada ulasan:

Catat Ulasan