Semangat Kejiranan

Jiran ialah orang yang tinggal di sebelah kita. Pada zaman modern sekarang, jiran patut menjadi satu-satunya orang yang kita harapkan.  Semangat kejiranan dengan itu juga terhasil dalam jiwa setiap orang.
Mengapakah jiran penting dalam kehidupan kita seharian? Soalan ini mesti tertanya tanya oleh semua orang.  Pertamanya, ketika kita melancong keluar negara, kita boleh mengharapkan jiran menjaga rumah kita dan memberi makanan dan air kepada anjing.  Selain itu kita juga boleh mengharapkan mereka membayar bill-bill utilities kita semasa kita berada di luar negara dalam tempoh masa yang panjang. 
Keduanya, sekiranya berlaku keadaan dimana terdapat seseorang yang mencurigakan seperti pencuri yang masuk ke rumah kita sewaktu kita pergi bekerja, jiran boleh menolong membuat laporan kepada polis dan memberitahu kita. 
Ketiganya,  kita boleh meminta pertolongan daripada mereka ketika kita menghadapi bahaya.  Contohnya,  ada scorpion masuk ke rumah kita, jiran boleh datang membantu kita membuangnya.
Oleh kerana jiran penting dalam hidup kita, maka kita patut mengukuhkan tali perjiranan.  Untuk itu, pertamanya, apabila kita pulang ke rumah dari luar negara, kita boleh memberi barang yang kita beli dari luar negara kepada jiran yang menolong menjaga rumah dan anjing kita.  Pada hari seperti Tahun baru cina, kita boleh memberi angpau kepada mereka.  Keduanya,  pada hari biasa kita boleh membeli buah-buahan atau sayur-sayuran sebagai tanda terima kasih.  Ketiganya, kita boleh melawat mereka pada hari tahun baru cina.  Keempatnya, jika ada sesuatu kebaikan kita akan teringat akan mereka terlebih dahulu.  Kelimanya, kita boleh meluangkan masa berbual-bual dengan mereka dan memberitahu keadaan kita yang terkini.
Begitu panjang lebar kita berbual dengan topik jiran, maka adalah penting kita meningkatkan semangat tersebut di kalangan muda mudi atau anak-anak kita.
270 perkataan

2 ulasan:

  1. thank you.this essay is helpful and i can improve my malay from this

    BalasPadam
  2. serius lah jawapan untuk karangan pendek ni je?

    BalasPadam