Contoh Karangan : Langkah – langkah untuk mencegah Deman Denggi

Lihat meja di bawah ini dengan teliti.  Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah yang dapat kita ambil untuk mencegah deman denggi.  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Langkah – langkah untuk mencegah Deman Denggi
1 Memusnahkan tempat pembaikan nyamuk
2 Melindungi diri daripada gigitan nyamuk
3 Menghapuskan nyamuk dewasa


Langkah – langkah untuk mencegah Deman Denggi


Deman denggi adalah sejenis penyakit berbahaya yang disebabkan oleh nyamuk Aedes betina yang membawa virus Denggi. Ia merebak melalui gigitan nyamuk. Penyakit ini sangat berbahaya kerana ia boleh mengakibatkan seseorang menjadi sakit tenat atau maut. Pesakit akan mengalami tanda-tanda dan gejala selepas lima atau enam hari gigitan nyamuk seperti demam panas, sakit kepala, sakit tulang belakang, sakit sendi-sendi, loya dan muntah-muntah, sakit biji mata dan ruam. Biasanya, pesakit harus dimasuki hospital untuk rawatan  sehingga sembuh. Oleh itu, kita haruslah mengambil langkah-langkah untuk mencegah demam denggi.
Cara mencegah denggi yang utama adalah menghapuskan atau mengurangkan vektor nyamuk pembawa denggi.  Antara langkahnya ialah memusnahkan tempat pembiakan nyamuk.  Barang buangan seperti tayar buruk, tin kosong, tempurung kelapa dan bekas plastik yang menjadi tempat pembiakan nyamuk hendaklah dimusnahkan.  Pasu bunga, bekas air dan sebarang bekas yang boleh menakung air perlu dibubuh ubat jentik-jentik atau ditukar airnya dengan kerap untuk mencegah pembiakan nyamuk Aedes. Membela ikan di dalam kolam ikan dapat juga mengurangkan pembiakan jentik-jentik. Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan sentiasa ditutup atau ditukar airnya.
Selain itu, kita hendaklah mengambil tindakan yang wajar untuk melindungi diri daripada gigitan nyamuk.  Nyamuk biasanya keluar pada awal pagi atau lewat petang.  Oleh itu, pakailah pakaian yang menutupi kebanyakan bahagian tubuh apabila berada di luar rumah pada waktu itu. Selain itu, kita boleh menyapukan krim penghindar nyamuk pada bahagian tubuh yang terdedah.
Di samping itu, kita boleh memasang jaring nyamuk pada tingkap rumah.  Jaring ini dapat menghalang nyamuk daripada memasuki rumah.  Di dalam rumah pula, gunakan ubat lingkaran nyamuk atau ubat nyamuk elektrik untuk mengelak daripada digigit nyamuk pada waktu malam.
Seterusnya, kita hendaklah menghapuskan nyamuk dewasa.  Kita boleh menggunakan penyembur nyamuk bagi membunuh nyamuk dewasa di dalam rumah.  Di luar rumah pula, kita harus kerap meminta pihak berkuasa untuk mengadakan semburan kabus untuk membunuh nyamuk.
                Kesimpulannya, usaha untuk mencegah demam denggi tidak harus diletakkan pada bahu pihak berkuasa sahaja.  Semua anggota masyarakat hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk menangani masalah ini.


(324 patah perkataa)

54 ulasan:

  1. Balasan
    1. Bagus☺cuma,kepada pemaklum balas..sila gunakan bahasa melayu standard yaa..sekian

      Padam
  2. thank u very much

    BalasPadam
  3. KARANGAN YG SUNGGUH BAGUS!!

    BalasPadam
  4. Anda mengalami masalah nyamuk denggi dan risau akan merebak kami bole membantu anda.. Sila coll or wssp aisyah 0146521134 ingin tahu lebih lanjut...

    BalasPadam
  5. pls saya nak umum tentang penyakit berbahaya.Boleh tak?

    BalasPadam
  6. pls boleh tak saya nak umum tentang penyakit berbahaya.

    BalasPadam
  7. Nk panjang lagi...klau boleh dlam 350 patah perkataan

    BalasPadam
  8. A good way to know about aedes.Very good.

    BalasPadam
  9. A good way to know about aedes.Very good.

    BalasPadam
  10. Assalam...Karangan yang bagus...
    Terima kasih...

    BalasPadam
  11. karangan yng bagus tpy deman yng boekkk!

    BalasPadam
  12. kmi ada solusi baru untuk denggi,zika dan malaria diseases..100% tiada bahan kimia..tiada bateri,tiada elektrik..boleh bawa mana2..diperbuat dri batu mineral gunung berapi dan minyak pati serai,lemon dan lemon myrtle..nyamuk x nampak anda...hubungi sya 016-3947254..

    BalasPadam
  13. karangan yg sngat bagus dan semestinya mantap

    BalasPadam
  14. Kenapa ada dua isi sama?

    BalasPadam
  15. kaca tak pecah lagii

    BalasPadam
  16. gelas tak pecah lagiiiiiiiiiiiii

    BalasPadam
  17. A good way to know about AEDES. Tq

    BalasPadam
  18. Bagus bagus boleh tiru buat kerja rumah

    BalasPadam
  19. i think you should write longer and more simple for junior to understand

    BalasPadam
  20. mm.. sebenarnya tak boleh guna (ia) but nice job!!!

    BalasPadam
  21. Terbaik
    Karangan yang baik....tahniah

    BalasPadam
  22. Nak tanya boleh ker nak tulis karangan pahtu cikgu ker spe ker tolong complain

    BalasPadam