Kelembapan Pertumbuhan Industri kecil dan Sederhana di Malaysia ( Sebab- sebab)

Model karangan 


Huraikan pendapat anda tentang sebab-sebab pertumbuahn industri kecil dan sederhana (IKS) masih lembap di Malaysia,  Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

Kelembapan Pertumbuhan Industri kecil dan Sederhana di Malaysia ( Sebab- sebab)


1  Kekurangan modal
2  kekurangan kemahiran
3  kekurangan bahan mentah
4  Masalah pasaran dan pemasaran




            Industri kecil dan sederhana (IKS ) amat penting dalam pelan perindustrian negara.  Akan tetapi, pertumbuhan IKS di negara kita masih lembap.  Terdapat beberapa sebab yang menyebabkan keadaan sedemikian.

            Antaranya sebabnya ialah kekurangan modal.  Biasanya pengusaha IKS kekurangan modal tetapi terpaksa memberikan kemudahan kredit kepada pelanggan.  Hal ini menyekat modal pusingan mereka.  Mereka hanya akan mendapat bayaran apabila barangan mereka habis dijual oleh pelanggan yang merupakan peniaga kecil.  Pengusaha sukar mendapatkan pinjaman dari bank kerana bank mengenakan cagaran yang tinggi dan memerlukan kertas kerja yang lengkap.  Syarat-syarat ini tidak dipenuhi oleh pengusaha IKS.

            Selain itu,  pengusaha IKS juga kekurangan kemahiran.  Mereka biasanya berpendidikan rendah dan sukar hendak menerap teknologi moden keranan dalam perniagaan mereka.  Skim latihan untuk melatih pekerja mereka juga amat kekurangan.  Oleh itu, tanpa pekerja mahir, mereka tidak dapat menghasilkan barangan yang berkualiti.

            Di samping itu,  pengusaha IKS juga berdepan dengan masalah kekurangan bahan mentah.  Bekalan  bahan mentah kurang mantap dan harganya semakin meningkat.  Pengusaha tidak mampu membeli stok bahan mentah dengan banyak kerana kekurangan modal.  Akibatnya, kos pengeluaran mereka berubah-ubah mengikut harga bahan mentah.  Hal ini menyukarkan mereka meningkatkan pengeluaran barangan mereka.

            Seterusnya,  masalah pasaran dan pemasaran juga menjejaskan IKS.  Rata-rata, barangan IKS kurang berkualiti disebabkan oleh penggunaan bahan mentah yang bermutu rendah dna kekurangan teknologi moden.  Oleh itu, barangan IKS sukar untuk bersaing dengan barangan keluaran  kilang besar dan barangan import.

            Ringkasnya,  IKS amat penting dalam mencorakkan pembangunan masa hadapan industri negara.  Oleh itu kerajaan harus, mengambil usaha-usaha untuk menggiatkan IKS selaras dengan perkembangan dalam sektor perindustrian negara.




                                                                                    (  250 patah perkataan)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan