Langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara

Model karangan 


Huraikan pendapat anda tentang langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negar. Panjangnya huraian hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.


Langkah-langkah untuk meningkatkan mutu sukan negara


1  memperuntukan wang secukupnya
2  memberikan ganjaran lumayan
3  mencungkil bakat muda dalam sukan
4  mengupah jurulatih asing yang berwibaan



            Pada suatu masa dahulu,  Malaysia merupakan negara uang digeruni dalam beberapa jenis sukan.  Namun demikian,  pencapaian  negara dalam sukan telah merundum dengan teruk.  Oleh itu,  langkah-langkah harus diambil untuk  meningkatkan mutu sukan negara.

            Salah satu langkah ialah memperuntukan wang yang secukupnya kepada bahan sukan.  Dengan wang yang cukup,  pelbagai program latihan dapat dijalankan.  Alatan sukan yang moden dan canggih dapat disediakan.  Ahli sukan dapat dihantar ke luar negara untuk menjalani latihan dan menyertai pertandingan antarabangsa.  Cara ini pasti dapat meningkatkan mutu sukan negara.

            Selain itu,  memberikan ganjaran lumayan kepada ahli sukan juga penting.  Ganjaran wang akan memikat ahli sukan, misalnya pemengan pingat emas dan perak dalam Sukan Olimpik akan mendapat ganjaran  wang wang tunai.  Peluang pendidikan dan pekerjaan  juga boleh ditawarkan kepada ahli sukan negara.  Dengan cara ini,  ahli sukan tidak perlu risau akan masa hadapan mereka apabila mereka tidak lagi bergiat dalam sukan.

           Di samping itu,  usaha harus diambil untuk mencungkil bakat muda dalam sukan pada peringakat sekolah lagi.  Pertandingan peringkat sekolah harus kerap diadakan.  Melalui pertandingan tersebut,  bakat muda yang berpotensi dapat dicungkil dan dihantar ke sekolah sukan untuk mendapat latihan khusus.

            Seterusnya,  jurulatih asing yang berwibawa perlu diupah.  Mereka dapat memberikan tunuk ajar kepada ahli sukan dengan menggunakan teknik latihan yang terkini.  Sebagai  contohnya, pengupahan jurulatih asing telah membolehkan ahli sukan negara menempa nama dalam sukan boling, skuasy , dan wushu pada peringkat antarabangsa.

            Kesimpulannya,  peningkatan mutu sukan negara memerlukan komitmen daripada semua pihak yang berkepentingan.  Dengan itu, ahli sukan negara akan dapat mengharumkan nama negara pada peringkat antarabangsa.


                                                                        ( 250 patah perkataan)

2 ulasan: